GURU NOVIS PDF

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Warga Pendidik.. Salam Hidup untuk Berbakti.. Tidak kira apa jua latar belakang anda, pasti suatu hari nanti anda bakal bergelar seorang guru berjiwa pendidik yang hebat.

Author:Bajora Kagaktilar
Country:Thailand
Language:English (Spanish)
Genre:Software
Published (Last):1 February 2004
Pages:23
PDF File Size:1.47 Mb
ePub File Size:17.78 Mb
ISBN:286-2-21074-374-6
Downloads:88258
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Mizahn



Cabaran dalam proses sosialisasi guru novis di sekolah yang sering menjadi isu adalah mengenai pengurusan yang menuntut ketrampilan dan kemampuan yang berikut.

Oleh itu seseorang mereka perlu mengenal pasti bebeapa jenis hambatan yang menjejas keberkesanan dan ketrampilan diri, dan berusaha bagi mengatasinya secara penuh sedar-diri dan dengan will power yang tulen.

Ini kerana sesorang guru biarpun dikatakan guru novis atau guru lama mereka adalah seorang pengurus. Kerap kali kurang timbangkan alternatif, lalaikan pilihan penting sedangkan hal-hal kecil dan remeh menghabiskan waktu dan tenaga. Orang seperti ini sukar mencapai keberhasilan dan gagal memuji keberhasilan orang lain kerana terhambat oleh cita-cita peribadi yang tidak jelas.

Kalau nilai peribadinya tidak cukup jelas, tiada landasan yang kuat membuat penilaian, ia akan dipandang lemah. Nilai yang konsisten dengan konsep pengurusan kini menekankan pada daya kegunaan, menyedari potensi manusia dan dengan mengembangkan keterbukaan terhadap pembaharuan.

Pengurus guru novis yang tidak jelas, tidak konsisten akan keyakinan dasar atau nilainya tidak sesuai lagi, terhambat oleh niali-nilai pribadi yang tidak jelas.

Cabaran selalu dihindari, kemampuan dibiarkan tidak berkembang, tiada lagi keghairahan yang wajar, dan kehidupan bekerja jadi hal rutin kerana risiko selalu dihindari dan lebih suka berasa aman, dan guru jenis ini terhambat oleh perkembangan peribadi yang kerdil.

Guru novis tidak dapat menyelasaikan pekerjaan secara berkaedah dan menjimatkan dan sering menghadapi kesulitan memimpin mesyuarat, menentukan sasaran, menangani maklumat, merancang dan menilai. Oleh sebab permasalahan tidak diselesaikan dengan cepat dan tegas, permasalahan tersebut akan bertambah semakin kusut serta menganggu jiwa dan tindakan guru novis, yang terhambat oleh kemampuan yang tidak memadai untuk menyelesaikan masalah.

Kreativiti tinggi menuntut kesediaan menghadapi kemunduran dan kegagalan secara konstruktif. Oleh itu pengurusan yang enggan melakukan percubaan, mengambil risiko, atau mengusahakan tindakan kreatif dalam menghadapi kegagalan terhambat oleh daya kreativiti yang rendah. Ramai guru novis tidak berwibawa bagi meminta orang bersedia bekerjasama atau membantunya, dan kerana itu gagal menemukan sumber yang perlu untuk hasil yang baik.

Guru novis yang tidak menunjukkan kemampuannya tidak akan melakukan hubungan dengan orang lain dan penampilan diri serta kemampuan mendengarnya lemah, mereka ini terhambat sebab dia berasa tidak disegani orang. Guru yang tidak boleh meneliti pendekatan mereka, kemampuan untuk menjelaskan secara logik pandangan pengurusannya rendah sekali. Ciri yang ditunjukkan ialah tidak banyak mencari maklumbalas, tidak mampu memberi dorongan kepada orang lain, untuk maju dalam kerja, dan sukar berkongsi tugas.

Guru novis yang tidak cukup memahami motivasi manusia dan gaya kepimpinannya kuno, tidak sesuai, tidak manusiawi di terhambat oleh tidak adanya pemahaman pengurusan. Pembaziran waktu dan kaedah kerja yang tidak efektif membuat orang puas dan bekerja di bawah standard kualiti.

Kecenderungan seperti ini ialah kerana tugas dan peranan tidak dirumuskan dengan baik, sistem kerja yang membazir, dan kelemahan hubungan. Seorang pengurus yang tidak memiliki ketrampilan praktis untuk mencapai hasil melalui usaha orang lain terhambat kerana ketrampilan penyeliaan tugasan yang rendah.

Tanpa ketrampilan melatih, seorang guru itu tidak dapat mendorong orang lain mencapai standard yang dituntut dan tidak dapat membantu mereka mengembangkan diri. Guru novis yang tidak memiliki kemampuan membantu orang lain berkembang, terhambat oleh ketidakmampuan melatih.

Kerana sikap stereotaip, seseorang guru novis mungkin tidak berbuat apa pun untuk mendorong kelompok atau anggota kelompok untuk berkembang. Dan jika ia tidak mampu mengembangkan orang menjadi satu pasukan yang kuat tidak tercipta suasana positif atau prosedur kerja berkesan kerana guru tersebut tersebut terhambat oleh ketidakmampuan membina pasukan.

Pengetahuan Isi Kandungan Guru biasanya dilabelkan sebagai seseorang yang menpunyai pengetahuan yang luas. Dalam Hapidah , kenyataan ini disokong oleh Presley dan McCormick berdasarkan dapatan yang diperolehi dari pengkaji-pengkaji lain. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa; Guru-guru memiliki rutin yang tetap untuk pengajaran mereka. Perkara tersebut sudah tertanam di dalam skema tentang bilik darjah, pengajaran, perhubungan tingkah laku atau prestasi dalam bilik darjah.

Guru mempunyai skema klasifikasi hiraki yang luas tentang kebolehan dan ciri-ciri pelajar. Guru adalah seorang yang berpengalaman dan mempunyai kefahaman tentang bagaimana untuk bertindak dengan cara yang bijak dan tingkah laku pengajaran mereka.

Guru mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk membentuk model-model mental yang canggih tentang persekitaran pembelajarannya. Model-model ini adalah berasaskan pengetahuan pengalaman lepas Schon Guru-guru juga memiliki pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum serta lain-lain pengetahuan yang disaran oleh Shulman Mereka juga boleh membuat inferens yang cepat dan kukuh tentang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bagi guru novis untuk mencapai tahap cemerlang, mereka perlu menguasai pengetahuan kandungan sepenuhnya.

Menurut Anne Reynolds , salah satu ciri-ciri yang perlu ada pada guru novis ialah mempunyai pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran yang diajar. Namun, dalam usaha untuk mendapatkan kecemerlangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan.

Maka mereka tidak sepatutnya menumpukan pada subjek yang diberikan kepadanya sahaja sebaliknya mempunyai inisiatif untuk menerokai pengetahuan dari pelbagai bidang. Salah satu cara ialah dengan menyertai kursus-kursus dalam perkhidmatan yang secara langsung akan dapat memperluaskan ilmu pengetahuan serta kemahiran.

Pengurusan Bilik Darjah Isu pengurusan bilik darjah adalah salah satu masalah yang dihadapi kebanyakan guru—guru baru. Menurut Hapidah Mohamed , untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan seseorang guru novis itu perlu melalui pelbagai cabaran dan menangani pelbagai masalah di bilik darjah. Ini bermakna sebelum seseorang guru itu bergelar guru pakar, guru tersebut terpaksa berdepan dengan masalah pengurusan bilik darjah dan setiap guru baru pasti akan berdepan dengan permasalahan yang sama.

Namun begitu, bukan semua guru mampu menangani cabaran dalam bilik darjah. Akibat daripada kesukaran untuk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah dengan berkesan, berlakulah gejala yang tidak sihat seperti tahap profesionalisme guru yang menurun dan pedagogi yang kurang berkesan. Beberapa kajian boleh membuktikan kewujudan permasalahan ini. Dalam Mazni, Dropkin dan Taylor telah memilih seramai 78 orang guru novis yang mengajar di New York untuk kajiannya mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh guru permulaan dan faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah tersebut.

Dari kajian tersebut didapati masalah utama yang dihadapi oleh guru permulaan adalah masalah mendisiplinkan pelajar dan masalah pengurusan bilik darjah. Di antara masalah-masalah tersebut, aspek pengajaran dan kawalan bilik darjah merupakan masalah yang paling utama.

Manakala, Pressley dan McCormick cuba menunjukkan perbezaan guru-guru cemerlang dan novis dengan membuat rumusan berdasarkan kajian-kajian lepas berhubung perbezaan dua kumpulan ini.

Didapati guru cemerlang dan guru novis berbeza dari segi kebolehan mereka mengawasi dan membuat interpretasi tentang peristiwa kompleks yang berlaku dalam bilik darjah. Guru-guru cemerlang membuat interpretasi dan penilaian yang lebih mendalam dan bermakna berbanding dengan guru-guru novis. Guru-guru yang kurang berpengalaman tidak nampak dan tidak dapat membuat persepsi tentang keseluruhan struktur bilik darjah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya. Komen-komen yang mereka kemukakan adalah penerangan tentang apa yang berlaku tanpa membuat interpretasi dan penilaian.

Keadaan ini berbeza sekali dengan guru—guru cemerlang. Mereka boleh mengkelaskan jenis-jenis pengajaran yang mereka lihat kepada pengajaran yang berorientasikan aktiviti, Socratic atau proses. Pengkelasan di tahap tinggi tidak berlaku dalam diri guru-guru baru. Hasil perbandingan ini menunjukkan bahawa guru-guru cemerlang mempunyai kefahaman yang lebih tentang gaya pengurusan yang berlaku dalam bilik darjah.

Kajian menunjukkan guru yang berpengalaman mempunyai pengetahuan yang luas tentang pelajar, pengurusan kelas, subjek akademik, penyampaian konsep dan mempromosikan kerja bilik darjah berbanding dengan guru novis. Kagan, Justeru, guru novis perlu meningkatkan kemahiran pengurusan dan kawalan bilik darjah supaya gangguan dalam bilik darjah dapat dikurangkan dan kualiti pengajaran dapat dipertingkatkan. Sekiranya seseorang itu telah memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajarannya, maka dia akan dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya murid-murid.

Teras Pengetahuan Mengajar Elemen-elemen teras pengetahuan yang perlu ada pada seseorang guru untuk melaksanakan pengajarannya ialah menurut Shulman, iaitu; a Ilmu isi kandungan content knowledge iaitu pengetahuan tentang kandungan subjek bidang yang hendak diajar. Kompetensi Dalam Memantapkan Penguasaan Kaedah Mengajar Stephens dan Crawley menyatakan terdapat beberapa bentuk kompetensi yang perlu dikuasai oleh seorang guru untuk memantapkan lagi penguasaan kaedah mengajar.

Menurut beliau terdapat lima kompetensi utama iaitu; a. Pengetahuan Terhadap Mata Pelajaran Yang Di Ajar Guru perlu menguasai keseluruhan perkara berkenaan mata pelajaran yang diajar termasuklah isi kandungan ilmu, kandungan sukatan dan huraian sukatan pelajaran.

Aplikasi Kepada Murid Stail dan pendekatan mengajar guru yang terbaik sangat diperlukan supaya murid memperolehi isi kandungan pelajaran secara optimum. Pengurusan Kelas Laksanakan pengajaran dalam suasana kondusif dan persekitaran yang selamat supaya pembelajaran lebih efektif. Buat Penilaian Dan Rekodkan Peningkatan Murid Kenalpasti aras pencapaian murid dan rekodkan prestasi secara sistematik. Meningkatkan Profesionalisme Guru perlu menyedari bahawa pengajian di maktab perguruan dan institusi pengajian tinggi hanyalah merupakan tapak permulaan kepada proses memantapkan kaedah mengajar guru.

Aspek yang paling penting dalam meningkatkan profesionalisme ialah melalui pengalaman secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek Mikro Dalam Sosialisasi Pendidikan Dalam kaitan pengembangan diri pribadi yang holistik ini sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran yang didominasi oleh ceramah dengan guru sebagai sumber tunggal dan pelajar sebagai pendengar yang baik mendapatkan kritikan.

Teori-teori pembelajaran baru ini dimaksudkan untuk mengubah proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat monolitik dan steril dari peristiwa-peristiwa yang berlaku secara langsung di luar sekolah, sebagaimana yang dipraktikkan di dunia sekolah dewasa ini, dengan melibatkan sosial dan emosi dalam proses pembelajaran.

Dengan mengubah otoritas pembelajaran dari tangan guru dan lebih menekankan unsur pengalaman peribadi pelajar dalam proses pembelajaran, disertai dengan mengkaitkan apa yang dipelajari di sekolah dengan apa yang terjadi di masyarakat sekitarnya, diharapkan pendidikan akan lebih dapat mengembangkan diri pelajar secara kukuh.

Reformasi pendidikan perlu mempertimbangkan perkembangan teori-teori pembelajaran baru tersebut. Teori Pembebasan Freire menekankan pada prinsip bahwa sistem budaya masyarakat merupakan sumber kekuatan warga masyarakat, bagaikan jaring labah-labah di mana labah-labah hidup. Teori Pembelajaran Constructivist didasarkan pada prinsip bahwa guru harus menyediakan lingkungan belajar yang memungkinkan pelajar mencari makna, menghargai ketidakpastian, dan bertanggung jawab dalam proses "pencarian".

Teori Constructivist membantu pelajar untuk mampu bertanggung jawab atas proses pembelajaran yang dilakukan oleh diri seseorang, mengembangkan pemahaman dan konsep secara integrasi, dan mampu mencari jawapan dari pertanyaan-pertanyaan yang penting.

Teori Pembelajaran Kultural menekankan kekuatan kultur dan subkultur masyarakat. Teori ini memiliki prinsip bahwa sistem kultural yang ada dewasa ini pengisian pendidikan dapat dianalisis dan diubah untuk dikembangkan menjadi proses pembelajaran yang efektif.

Teori pembelajaran Collaborative menekankan pada proses pembelajaran yang digerakkan oleh keterpaduan aktiviti bersama baik intelektual, sosial dan emosi secara dinamis baik dari piak pelajar maupun guru. Teori ini didasarkan kepada idea bahwa pencarian dan pengembangan pengetahuan adalah merupakan proses aktiviti sosial, di mana pelajar perlu mempraktikkannya.

Pendidikan bukannya proses di mana pelajar hanya menjadi penonton dan pendengar yang pasif. Secara sedar ianya mengembangkan proses sosialisasi profesional baik di kalangan guru ataupun pelajar. Tujuan akhir proses sosialisasi ini adalah menghasilkan pelajar dan guru yang matang intelektual, sosial dan emosi.

Perlunya sosialisasi kepada guru bahwa proses pembelajaran serta sistem penilaian dalam kurikulum adalah relatif. Hal ini akan berhubungan dengan strategi pembelajaran yang dilaksanakan. Dalam beberapa literatur disebutkan bahwa strategi pembelajaran adalah proses yang dilakukan guru dalam menyusun tahap pembelajaran, proses itu dimulai dari menyusun persiapan, merencang, menentukan model, melaksanakan pembelajaran sampai pada proses evoluasi yang akan dilakukan untuk mengukur ketercapaian tujuan pembelajaran.

Selain itu, guru novis juga perlu bersifat profesional terhadap kerjayanya. Beliau menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Penguasaan terhadap kompetensi dan pengetahuan tentang stail pengajaran adalah penting. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini. Ia bertujuan mengemaskinikan pengetahuan guru ke tahap terkini.

Apapun, menurut beliau, aspek yang terpenting ialah guru tersebut menyedari kepentingan menyediakan pengajaran dan pembelajaran serta melakukan perancangan dan perlaksanaan. Ini melibatkan persediaan yang rapi terhadap semua aktiviti pembelajaran, perlaksanaan yang fleksibel serta mengadakan penilaian selepas aktiviti pembelajaran.

Salah satu aspek penting pengajaran seseorang guru ialah mempunyai penguasaan dalam teras pengetahuan mengajar terutamanya dalam ilmu pedagogi secara interaktif dan mendalam. Teras pengetahuan mengajar bermaksud segala jenis pengetahuan yang perlu ada pada seseorang guru untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Elemen teras pengetahuan yang dikemukakan oleh Shulman mengandungi ilmu isi kandungan, ilmu pedagogi am, ilmu isi kandungan pedagogi, pengetahuan dalam kurikulum, pengetahuan tentang konteks pendidikan, pengetahuan terhadap murid dan ciri-ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan.

Christensen melaporkan bahawa di negara Amerika, kebanyakan guru menggunakan elemen teras pengetahuan dalam mengajar bagi program pendidikan yang dianjurkan oleh The National Council on Accreditation for Teacher Education NCATE. Kebaikan yang dapat dihasilkan apabila guru menggunakan elemen-elemen teras pengetahuan dalam proses pengajarannya ialah: a.

BODY CATHEXIS SCALE PDF

Ciri-ciri Guru Novis

Julai 19, Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan peningkatan profesionalisme profesion keguruan sebagai salah satu fokus utama. Dalam usaha untuk memastikan hasrat tersebut direalisasikan dengan jayanya, guru seharusnya mengambil tindakan proaktif ke arah meningkatkan profesionalisme profesion keguruan sejajar dengan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut. Untuk meningkatkan profesion keguruan seperti mana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, guru sebagai entiti utama dalam pelaksanaan kurikulum pada peringkat sekolah seharusnya mengambil langkah yang proaktif dalam meningkatkan pembangunan diri dan kerjaya yang dilihat sebagai mekanisme utama untuk meningkatkan martabat profesionalisme keguruan. Dalam hal ini, aspek pembangunan diri dan pembangunan kerjaya merupakan perkara yang penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan seperti mana yang diberi penekanan dalam Teori Trotter Noriati A. Rashid et al.

89C51 MICROCONTROLLER BASED SECURITY ACCESS CONTROL SYSTEM PDF

GURU "NOVIS" YANG "SUPERB"

Guru novis merupakan guru yang baru tamat kursus perguruannya dan baru sahaja menamatkan latihan perguruan. Mereka belum mempunyai sebarang pengalaman yang mendalam tentang bidang perguruan dan masih perlu banyak belajar serta menyesuaikan diri. Semua guru termasuk guru pelatih, novis atau berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan. Ini kerana, hanya dengan melakukan kajian tindakan sahaja, guru-guru akan dapat meningkatkan kreativiti pengajaran serta menambahkan pengalaman sedia ada. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga akan dapat diperbaiki kerana guru sentiasa dari masa ke semasa akan berusaha untuk menambahkan pengetahuannya. Amat penting kepada guru novis supaya mempunyai kemahiran dalam menarik perhatian pelajarnya semasa sesi pembelajaran berlangsung.

AUTOMATOR APPLEWORKS PDF

.

GE2072 INDIAN CONSTITUTION AND SOCIETY PDF

.

Related Articles